Saturday, April 16, 2011

semoga perjuangan sahabat tidak akan pernah berhenti,,,insyaALLAH..jangan kita putus asa.ukhuwah kita harus di teguhkan,\... TAKBIR!!!

Wednesday, March 30, 2011

semarakkan perjuangan

Marilah beramal
Beramal  kerana Allah
Beramal kerana ...... Allahu Akbar

Beramal  kerana Allah
Pemuda melangkah gagah
Menjana kuasa rakyat
Bersiap menghadapi cabaran

Semarakkan  semangat perjuangan
Usahlah kita terus terleka
Menegak kemarufan menentang kemungkaran
Allah pasti bersama

Bentukkan ukhuwah hidupkan jamaah
Susunlah barisan usahlah terleka
Bersatu teguh mara bersama
Moga Islamkan subur

Kerahkan tenaga jua fikiranmu
Korbankan harta sekalipun jiwamu
Menentang musuh Allah laungkan takbir
Allahu Akbar ..

Bersatulah kita bergerak melangkah
Tegakkan Islam agama yang tercinta
Ayuh kita julang kembali
Islam pasti gemilang

INTISAR SHOW

walaupun begitu banyak halangan yang kami lalui,kami tetap tisak berputus asa...buat pertama kalinya..intisar di jemput 3 hari berturut-turut bagi memeriahkan majlis yang di anjurkan oleh kelab islah,jabatan perdagangan dan jawatankuasa pelajar kolej kediaman.dengan semangat kekeluargaan,kami sedaya upaya untuk membuat persembahan yang terbaik,untuk kami menyebarkan dakwah yang berunsurkan nasihat....dengan niat yang ikhlas dan niat kerana Allah...


APA YANG PENTING!!!!
ALLAH!!

Wednesday, March 16, 2011

INTISAR

Yang di ilhamkan sendiri oleh ahli nasyid intisar,
terima kasih kepada pihak yang membantu menyiapkan
logo kelab nasyid intisar.Alhamdulillah,  dengan berkat usaha kami (intisar),kami berjaya menubuhkan kelab nasyid kami sendiri (intisar) dalam politeknik kota kinabalu,sabah.Apa yang kami (intisar) harapakan,bukan populariti tetapi redha ilahi dan ingin mengejar syurgaNya,serta nasyid kami (intisar) dapat di terima oleh orang ramai. Dengan sokongan dan doa,insyaALLAH,dakwah serta nasihat melalui hiburan ini serba sedikit dapat mengelakkan para remaja dari mendengar hiburan yang berunsurkan maksiat. Akhir kata,"ISLAM D'HATI":)
TAKBIR!!!!   ALLAHUAKBAR!!!!!!

semuanya bermula dengan niat

"Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat.Dan sesungguhnya setiap orang yang mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau mendapatkan wanita yang ingin di kahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niat".
                                                 (RIWAYAT AL-BUKHARI)

Tuesday, March 8, 2011

ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU

memperbetulkan niat menuntut ilmu semata-mata untuk mencapai keredhaan ALLAH dan menjauhkan diri daripada menuntutnya untuk mencapai tujuan-tujuan keduniaan sepertimengumpul harta , mengejar pangkat dan kemahsyuran ,mengatasi orang lain serta mendapat pujian.