Tuesday, February 15, 2011

INTISAR

Assalammualaikum w.b.t.
kami dari kumpulan INTISAR merasa bersyukur kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kami dapat menubuhkan satu kumpulan nasyid  yang terdiri daripada AJK Kelab Islah Politeknik Kota Kinabalu(PKK).
Kumpulan ini baru sahaja di tubuhkan pada 2 minggu lalu pada tanggal 1/2/2011. Idea untuk menubuhkan kumpulan ini daripada abang senior kami iaitu abg Azman bin Hanafiah. Kumpulan ini ditubuhkan pada masa itu untuk membuat persembahan nasyid sempena maulidur Rasul peringkat PKK. Oleh itu terciptalah sebuah kumpulan yang bernama INTISAR yang bermaksud harapan. Kumpulan ini mempunyai 11 ahli terdiri daripada pelajar sem 3, 2, dan 1. Tujuan kami menubuhkan kumpulan ini adalah salah satu cara untuk kami menyampaikan dakwah melalui lagu. Kumpulan kami ditubukan bukan untuk mendapat populariti tetapi satu2nya hanyalah Kerana Allah Taala..
Allah Taala berfirman :
"Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu".(Muhammad : 7)
 

Ahli kumpulan Intisar : Sabri Kadir, Khairul Sabirin, Abd Razmi, Mohd Shafee, Mohd Shafiq, Ferdaus, Mohammad Sabrie

 ahli kumpulan Intisar(pemain muzik) : Zaid, Fauzi, Faizee 

Pada 12 rabbiulawal 1432H tarikh keramat kami kumpulan INTISAR membuat persembahan di hadapan ramai.. pada 16 rabbiulawal pla kami akan membuat persambahan di kampung ahli kumpulan kami bertempat di Pekan Weston Beaufort Sabah. dan persembahan itu persembahan pertama kami berada di luar daripada PKK. moga2 majlis berjalan dengan lancar. dan memeriahkan lagi majlis dengan kedatangan kami. amin ya rabbalalamin...